Friday 12 January 2018

Manfaat Berbekam


Assalamualaikum semua,

Hari ni 13/01/2018, hujan rahmat membasahi bumi. Semoga kita semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Blog kali ni, zura nak bercerita tentang bekam. Bekam ni merupakan kaedah perubatan Islam, disabdakan oleh Rasullah SAW, diperintahkan para malaikat, yang bererti perintah itu berasal dari Allah SWT. Maka dengan berkat dan kurnia-Nya, bekam dapat mendatangkan manfaat yang besar dan kesan penyembuhan yang luar biasa, dari kes penyakit yang ringan hingga yang berat, bekam bermanfaat bagi orang yang fizikalnya sihat dan bagi  orang yang diserang penyakit. Secara umu bekam mempunyai dua manfaat iaitu :

1. Perubatan preventif ( Bersifat mencegah )
2. Perubatan kuratif ( Bersifat menyembuh atau merawat )

Bagi orang yang tidak berasa sakit, bekam sangat besar manfaatnya kerana berfungsi untuk mencuci darah didalam tubuh disebabkan makanan, minuman, yang masuk ke dalam tubuh badan kita berasal daripada zat-zat yang tidak baik dan berbahaya. Hanya kesannya belum dapat dilihat dan dirasakan.

Sementara itu, bagi yang sudah terkena penyakit tertentu, insyaallah dan izin-Nya, bekam akan memberikan penyelesaian penyembuhan baginya walau apa-apa pu penyakitnya dan bagaimana keadaaanya.


Dibawah ni, zura nak kongsi beberapa fungsi dan faedah bekam dari sudut kesihatan

1. Meningkatkan daya tahan tubuh badan
2. Mencuci darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
3. Mengeluarkan darah bertoksid dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat
4. Mengatasi gangguan tekanan darah
5. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam
6. Membantu mencegah dan meredakan kebas-kebas tangan dan kaki
7. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
8. Membantu menajamkan penglihatan dengan membetulkan urat saraf yang tersumbat.
9. Mengurangkan risiko sakit jantung
10. Meringankan sistem kerja hati, limpa dan buah pinggang.
11. Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.
12. mengurangkan risiko penyempitan salur darah.


Sebenarnya banyak lagi manfaat bekam ni. Sebarang pertanyaan, boleh la whatsapp / sms zura

011 31508520
011 31508520
011 31508520

Tunggu next entry tau, banyak lagi zura  nak kongsikan tentang bekam. :)




Sunday 12 November 2017

Pesakit Yang Tidak Boleh Dibekam

Assalamualaikum semua pengunjung blog yang saya kasihi,


Disini saya nak kongsikan informasi penting iaitu orang yang tidak boleh dibekam basah.

Jika pesakit tergolong dalam kategori di bawah, pembekam hendaklah mengelakkan dari melakukan bekam kerana ia akan memudaratkan keadaan pesakit.


1. Orang tua yang sakit parah dan tubuhnya lemah, tak bermaya.
2. Orang yang sakit sehingga menggeletar dan kelihatan pucat pada muka dan kakinya
3. Orang yang ambil pencair darah (Mengkudu atau Omega 3)
4. Orang yang menderita tekanan darah rendah @ kurang darah
5. Wanita yang sedang haid ( sakit senggugut sangat teruk)
6. Kulit yang berpenyakit sangat teruk
7. Pada perut yang terlalu kenyang ( Elakkan makan berat sebelum berbekam)
8. Pada perut wanita hamil
9. Penderita penyakit kronik / Diabetis Mellitus ( Kadar gula melebihi 280 )
10. Anak kecil di bawah usia 3 tahun
11. Penyakit hati kronik.

Bagi adik2, akak2 dan mak cik2 yang nak berbekam, boleh la whatsapp / sms zura untuk buat appointment.

Isnin - ahad 9.00 am - 9.00 pm ( Kecuali Rabu )

011 -31508520
011 -31508520
011 -31508520



Sunday 11 December 2016

Jenis Perkhidmatan Bekam



1) Bekam Darah Untuk Muka/Resdung 

Rawatan bekam muka ini adalah untuk wanita yang mengalami kulit muka bermasalah dan juga penyakit resdung. Pesakit disyorkan membuat rawatan seminggu sekali sebanyak 3x sesi untuk mendapat kesan sembuh yang baik.

Photobucket

2) Bekam Darah Untuk Stress & Kelesuan 

Rawatan bekam atau dikenali Al Hijamah adalah kaedah perubatan sunnah Rasulullah SAW yang berkhasiat mencegah pelbagai jenis penyakit dan salah satunya ialah masalah stress dan kelesuan badan.

Photobucket

3) Bekam Sunnah Thibbun Nabawi 

Kaedah bekam ini adalah kaedah bekam sunnah bertepatan dengan amalan Rasulullah SAW yang berbekam mengikut point yang asal iaitu 1400 tahun dahulu menggunakan kaedah sayatan pisau bekam. Kaedah bekam thibbun nabawi ini mampu mengawal tahap kesihatan keseluruhan badan seperti mencerahkan penglihatan mata, mengurangkan masalah kebas kaki, pinggang dan pening kepala.

Photobucket

4) Bekam Darah Untuk Darah Tinggi, Kencing Manis & Migrain 

Kaedah bekam darah ini untuk mengawal penyakit darah tinggi, migrain dan kencing manis.  Semasa proses berbekam segala toksin, gula dan kotoron dibahagian bawah kulit kepala akan disedut keluar bersama darah bekam. InsyaAllah.

Photobucket

5) Bekam Darah Untuk Gout 

Kaedah bekam ini adalah untuk mengawal penyakit GOUT. Semasa proses berbekam nanti, sejumlah uric acid akan dikeluarkan bersama darah kotor yang kehitaman.  Perlukan dilakukan secara istiqomah.  InsyaAllah anda tidak perlu berpantang dalam makan lagi dan kaki anda tidak sakit lagi.

Photobucket

6) Bekam Darah Untuk Sakit Pinggang 

Kaedah bekam darah ini untuk masalah sakit pinggang. InsyaAllah sakit pinggang anda akan rasa lega setelah proses berbekam.


Photobucket

7) Bekam Untuk Sihir & Saka 

Kaedah bekam darah ini melibatkan 18 point di sendi-sendi utama badan dan juga pembuluh darah utama badan, lokasi sebegitu memang selalunya jin mudah mendiami di bahagian tubuh manusia. Selepas berbekam, darah kotor yang keluar agak bertali dan tempat yang dibekam berwarna kehitaman seperti terbakar.
Photobucket

8) Bekam Overhaul 

Rawatan bekam darah ini melibatkan 22 cup di seluruh titik badan bagi meringankan badan dan menyegarkan keseluruhan badan serta mengurangkan masalah kebas kaki.



Rawatan bekam ke rumah anda sekitar shah alam dan klang khas untuk wanita sahaja.
Sila buat temujanji dan whatsapp / sms ke

011 -31508520
011 -31508520
011 -31508520


Tuesday 3 November 2015

Caj Bekam

Assalamualaikum Semua,

Bekam darah dilakukan untuk keluarkan darah kotor dan
angin dari badan yang mengandungi urik asid,kolestrol dan toksin.
Selalunya darah yang keluar adalah seperti :

Warna kehitaman - banyak urik asid dan toksin
Pekat, bertali atau berlendir - banyak kolestrol
Berbuih atau cup bekam berwap - banyak angin


CAJ BEKAM DARAH RM5/CUP

Caj Bekam : Rm 5 / 1 cup
Minimum 10 cup
Transport charge : Rm 10

Whatsapp / msg sy untuk temujanji

011-31508520
011-31508520
011-31508520



Manfaat Berbekam

Assalamualaikum semua, Hari ni 13/01/2018, hujan rahmat membasahi bumi. Semoga kita semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Blog ...