Friday 12 January 2018

Manfaat Berbekam


Assalamualaikum semua,

Hari ni 13/01/2018, hujan rahmat membasahi bumi. Semoga kita semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Blog kali ni, zura nak bercerita tentang bekam. Bekam ni merupakan kaedah perubatan Islam, disabdakan oleh Rasullah SAW, diperintahkan para malaikat, yang bererti perintah itu berasal dari Allah SWT. Maka dengan berkat dan kurnia-Nya, bekam dapat mendatangkan manfaat yang besar dan kesan penyembuhan yang luar biasa, dari kes penyakit yang ringan hingga yang berat, bekam bermanfaat bagi orang yang fizikalnya sihat dan bagi  orang yang diserang penyakit. Secara umu bekam mempunyai dua manfaat iaitu :

1. Perubatan preventif ( Bersifat mencegah )
2. Perubatan kuratif ( Bersifat menyembuh atau merawat )

Bagi orang yang tidak berasa sakit, bekam sangat besar manfaatnya kerana berfungsi untuk mencuci darah didalam tubuh disebabkan makanan, minuman, yang masuk ke dalam tubuh badan kita berasal daripada zat-zat yang tidak baik dan berbahaya. Hanya kesannya belum dapat dilihat dan dirasakan.

Sementara itu, bagi yang sudah terkena penyakit tertentu, insyaallah dan izin-Nya, bekam akan memberikan penyelesaian penyembuhan baginya walau apa-apa pu penyakitnya dan bagaimana keadaaanya.


Dibawah ni, zura nak kongsi beberapa fungsi dan faedah bekam dari sudut kesihatan

1. Meningkatkan daya tahan tubuh badan
2. Mencuci darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
3. Mengeluarkan darah bertoksid dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat
4. Mengatasi gangguan tekanan darah
5. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam
6. Membantu mencegah dan meredakan kebas-kebas tangan dan kaki
7. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
8. Membantu menajamkan penglihatan dengan membetulkan urat saraf yang tersumbat.
9. Mengurangkan risiko sakit jantung
10. Meringankan sistem kerja hati, limpa dan buah pinggang.
11. Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.
12. mengurangkan risiko penyempitan salur darah.


Sebenarnya banyak lagi manfaat bekam ni. Sebarang pertanyaan, boleh la whatsapp / sms zura

011 31508520
011 31508520
011 31508520

Tunggu next entry tau, banyak lagi zura  nak kongsikan tentang bekam. :)




Manfaat Berbekam

Assalamualaikum semua, Hari ni 13/01/2018, hujan rahmat membasahi bumi. Semoga kita semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Blog ...